AssalamualaikumWBT
Seperti yang kita tahu, hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi semua umat Islam. Kerana hari ini ialah merupakan hari kelahiran nabi Muhammad . Jadi, sebagai seorang umat baginda yang taat kepadanya, marilah bersama-sama kita berselawat keatas baginda dengan penuh ikhlas. Moga-moga ibadat kita diterima oleh Allah SWT, Aminn~
Sebenarnya, kita patut menjadikan nabi Muhammad sebagai idola kita sepanjang zaman. Nak tau sebab ape? Baginda dah lalui banyak cabaran dan dugaan masa berdakwah untuk kembangkan Islam. Kena baling najis, diejek-ejek oleh masyarakat jahiliah masa tu. Kalau korang lah,sanggup ke nak lalui semua tu ? kalau aku pun rase tak sanggup.
sekadar perkongsian bersama ;P
Sebab tu lah kita kena kagum dengan kecekalan nabi Muhammad SAW. Banyak rintangan dihadapi, tapi masih tak putus asa. Sebab baginda jugakla kita yang beragama Islam ni, beruntung. Lahir-lahir je dah beragama Islam. Takpayah nak bersusah susah macam zaman dulu. Mngkin tu yang menyebabkan kan kita lupa diri terhadap Allah, tk tau nak bersyukur -__-
#alangkah baiknya kalau kita semua dapat menghayati peristiwa besar Islam ini, mungkin kita semua akan bersyukur dengan apa yang kita ada -.- Akhir kata, SALAM MAULIDUR RASUL 1433 H
2 comments:
salam maulidur rasul..
salam maulidur rasul jugaa XD
Post a Comment