Followers

Tuesday, December 06, 2011

Review : Aku Bukan Tomboy


Siang tadi aku berkesempatan la pergi tengok filem Aku Bukan Tomboy kat Wangsa Walk dengan Nani, Alia, Kak Mira. Mulanya ingat nak tengok Ombak Rindu, tapi semua tayangan dah full. So, terpaksa lah tengok cerita Aku Bukan Tomboy. Apapun, best jugak tau cerita ni :)

Filem ni mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis tomboy yang bernama Farisha (Scha Al-Yahya)  dimana beliau dibesarkan oleh bapanya yang bekerja sebagai tukang jahit. Farisha bekerja di Canadian Pizza sebagai penghantar piza. Dia mempunyai seorang kawan bernama Harry (Shaheizy Sam) . Harry walaupun mengetahui Farisha itu seorang tomboy, tetapi dia mempunyai perasaan cinta terhadap Farisha. Dua orang pengkid iaitu Bell (Sheera Iskandar) dan Sam (Salina Saibi) seringkali mengganggu hidup Farisha dimana mereka menganggap Farisha itu adalah teman wanita mereka. Akan tetapi, Farisha telah berkenalan dengan seorang lelaki kaya yang bernama Burn (Syamsul Yusof). Burn turut mempunyai perasaan terhadap Farisha. Akhirnya Farisha terperangkap dalam cinta Harry dan Burn disamping cuba melepaskan diri daripada cengkaman golongan pengkid. 

Saksikan filem ini bagi mengetahui kesudahan cinta yang keliru antara dunia realiti dan pengkid ini.




1 comment:

amir said...

heyy, macam best je :)