Followers

Monday, December 27, 2010

Almost.

AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh ! :)




Sape tengok bola semalam ? Haha ! Gempak ark ?
Sumpaa aku recpect gile ngan team Malaysia.
Menang besar tuu ! Sekali 3-0 bantai !
Tu laa, berlagak lagi timnas Indonesia konon,
Bajet lagi ngan striker ko tuh ! 
Ini Safee Golzales marii 

Ini aku ade buat kronologi sikit mase final semalam

  
6.15 petang

  Penyokong kedua-dua pasukan sudah memenuhi kawasan jualan di depan stadium. Paling ramai semestinye penyokong Malaysia la kann. Tapi paling kabut semestinye Indonesia yang wat macam negara sendiri.Jammed sesak sampai ke Tesco, bhaii !!

6.45 petang

Pintu masuk stadium sesak giler pasal dorang scan tiket, tu wat lambat tu. Lighter, botol air, flare, mercun, dan sebagainye tidak dibenarkan dibawa masuk. Tapi ade yang lepas jee , wat bodo jer. 

7.15 malam

Penyokong kedua-dua pasukan memenuhi ruang kosong di stadium. Kuota tempat duduk penyokong Malaysia tak cukup sampai polis terpaksa bagi duduk kat tempat Indonesia. Padan muka Indon kene halau !
Ada yang sampai duduk atas tembok scoreboard tuh !! Gile !

7.30 malam

Penyokong Malaysia memulakan psycho ke atas penyokong Indonesia dengan menge-BOO dorang dan membuat sorakan yang diketuai oleh kelab penyokong UltrasMalaya. Pemain kedua-dua pasukan turun padang untuk melakukan warm-up.

8.00 malam

Pemain-pemain keluar untuk memulakan aksi final. Ultras Malaya dengan gah sekali menunjukkan semangat mereka dengan membakar lebih kurang sepuluh flare untuk memeriahkan suasana.Sewaktu lagu Indonesia Raya dimainkan, penyokong Malaysia tak menghormati lagu kebangsaan Indonesia apabila membuat bising sehingga tidak kedengaran lagu kebangsaan tersebut. Namun, sewaktu lagu Negaraku berkumandang, kepaduan suara lebih 85 ribu penyokong Malaysia telah menggentarkan penyokong Indonesia dan pemainnya.

8.10 malam

Sepak mula pun dimulakan. Permainan kedua-dua pasukan seimbang namun pada minit ke 29, Malaysia dikejutkan dengan serangan balas Indonesia. Penyokong Malaysia mengejek apabila pemain Indonesia mengawal bola.

9.00 malam

Separuh masa kedua bermula. Sepuluh minit kemudian, perlawanan terpaksa dihentikan seketika kerana
penjaga gol Indonesia mengadu terdapat pancaran laser yang dihalakan kearahnya sewaktu sepakan percuma hendak diberikan kepada Malaysia sekaligus memberikan tekanan kepada Indonesia. Namun, perlawanan diteruskan semula. Gol pertama Malaysia hasil gerakan cantik Norshahrul telah memberikan semangat kepada pemain-pemain untuk terus melancarkan serangan. Hasilnya, pemain gantian, Ashaari Samsudin merembat tinggi kearah sisi pintu gol dan gagal ditangkap oleh goalkeeper Indonesia. Gol ketiga oleh Safee Sali nyata memberikan kekecewaan kepada penyokong Indonesia yang mula meninggalkan stadium. Akhirnye, semangat sokongan yang tak henti-henti oleh penyokong Malaysia memberikan motivasi yang baik kepada pemain Malaysia.

No comments: